Sunday, April 26, 2009

Kelas Semarak Minda II

26/4/2009 (Ahad) - Lokasi Sekitar SK Kedawang


Ayah angkat sedang membimbing para murid Semarak Minda2.

Para murid khusyuk membaca kerana mendapat sentuhan personal


InsyaAllah, bimbingan secara peribadi membangkitkan semangat para pelajar...


Suasana P&P pada Ahad (26.04.2009 : jam 8.30 - 9.30 mlm )








Friday, April 10, 2009

Program Semarak Minda 2009

10 April 2009 (Jumaat) - Alhamdulillah pihak PIBG SK Kedawang khususnya Biro Pendidikan telah berjaya menganjurkan pelancaran Program Semarak Minda bagi tahun 2009. Program ini telah dirangka dengan tujuan dan objektif untuk membantu murid menguasai kemahiran asas membaca. Peserta program ini pula telah dipilih dari kalangan murid-murid tahun 4 dan 5 yang lemah penguasaan mereka dalam kemahiran membaca.

Satu yang menarik dalam program ini ialah tenaga pengajar yang bertanggungjawab mengajar serta membimbing murid-murid ini ialah dari kalangan para waris sendiri. Kesungguhan dan kesediaan mereka membantu menjadi satu suntikan semangat kepada para AJK untuk meneruskan usaha ini di masa hadapan dan akan berusaha untuk meningkatkan kuantiti serta kualiti murid yang akan dibimbing.

Majlis Penyerahan Anak Angkat kepada tenaga pengajar telah berjaya dilaksanakan pada pagi ini membabitkan 8 kumpulan. Menurut penyelaras program ini Cikgu Ahmad Zifni Adeli, jadual serta penstrukturan semula kumpulan akan dimaklumkan kepada waris dalam masa terdekat, InsyaAllah.




Kelihatan Guru Besar En Fadzil Othman sedang menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmi serta melancarkan Program Semarak Minda 2009. Hadir sama Yang Dipertua PIBG Tn Hj Radzi@Yusuf bin Din dan penyelaras program Cikgu Ahmad Zifni Adeli.

En Azif bersama dengan pelajarnya Mohd Faizhar Harkimi

En Abd Khalid bersama pelajarnya Mohd Hafizuddin.

Pn Hasni juga bersama dua orang pelajarnya iaitu Mohd Faiz dan Sulaiman.

En Azali atau Abg Chin bersama pelajar bimbingannya Nur Ainaa Nabilah dan Nur Shamila Johari.

Pn Fauziah bersama Mohd Hilman dan Mohd Syukor Awang Puteh

Pn Ilyani Mat Isa bersama pelajarnya Mohd Khalimran

Pn Mazlin bin Mat bersama pelajarnya Mohd Syukor Sharul Nizam

Pn Rohana bt Budin juga bersama pelajarnya Mohd Faiz Johari

Kesemua tenaga pengurusan dan pengajar serta peserta Program Semarak Minda II bergambar kenangan.

Dengan semangat berkobar-kobar diselangi doa yang tidak putus-putus moga-moga Allah SWT memberi kelapangan, kesenangan serta kejayaan kepada usaha kerdil ini.
InsyaAllah.

Wednesday, April 8, 2009

PERJUMPAAN PERTAMA PROGRAM SEMARAK MINDA dan KELAB SIHAT CERGAS

SEMARAK MINDA 2009
Cikgu Sudin sedang memberi taklimat kepada Kak Tini dan bakal-bakal "cikgu".
  • Pada petang jumaat (3 April 09) satu perjumpaan telah diadakan diantara Pengerusi Biro Pendidikan PIBG (Pn. Tini), Guru Pemulihan (Cikgu Sudin) dan "fasilitator" untuk murid-murid pemulihan.
  • Hasil dari perjumpaan ini ialah satu majlis penyerahan "anak angkat" akan dilaksanakan pada pagi Jumaat 10 April 2009.
KELAB SIHAT CERGAS
Di antara waris yang hadir untuk menyertai Kelab Sihat Cergas
  • Perjumpaan kali pertama ini memutuskan bahawa program ini akan berjalan pada petang Jumaat dan petang Sabtu selepas Asar.
  • Bayaran RM15.00 sebulan dikenakan pada setiap ahli.
  • Diantara aktiviti yang dirancang ialah senamrobik, berbasikal dan aktiviti-aktiviti lain yang dianggap sesuai.
  • Semoga apa yang dirancang berjalan lancar...

Sunday, April 5, 2009

MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2009

Tarikh: 27 April 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kantin Sekolah Kebangsaan Kedawang
Perasmian oleh : DATO’ PADUKA HJ ABU BAKAR BIN TAIB DHMS, DSDK, KMN, BCK, PJK

PIBG SK Kedawang telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG sesi 2009 dengan jayanya. Kehadiran para waris/penjaga adalah lebih kurang 350 orang.

ATURCARA MAJLIS

8.15 pagi : Ketibaan Para Waris
Pendaftaran Ahli PIBG
8.40 pagi : Ketibaan Yang Berhormat Dato' Paduka Hj. Abu Bakar bin Taib
8.45 pagi : Majlis bermula
- Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Ucapan Yang Dipertua PIBG
- Ucapan Penasihat PIBG
- Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Dato' Paduka Hj. Abu Bakar bin Taib
- Penyampaian cenderamata
: Jamuan ringan
: Mesyuarat Agung dijalankan.

AGENDA MESYUARAT
1. Aluan pengerusi majlis
2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG sesi 2008.
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan sesi 2008/2009.
5. Membentang dan menerima penyata kewangan yang berakhir 31 Disember 2008
6. Bayaran Tambahan dan Sumbangan PIBG 2009
7. Menerima dan membahas usul-usul
8. Hal-hal lain
9. Ucapan Penangguhan

"Bayaran Tambahan" Sekolah telah ditetapkan mengikut Pakej B. Kertas Ujian Dalaman ditambah dari RM8.00 kepada RM10.00.
Pakej B
1. Kokurikulum RM3.00
2. Kertas Ujian Dalaman RM10.00
3. Sukan Tahunan Sekolah RM8.00
4. Kegiatan Pendidikan Islam RM8.00
5. Skim Perlindungan Diri RM1.50 - sepatutnya dibayar pada bulan Jan 2009
6. MSSM RM2.00
Jumlah RM32.50

Sumbangan PIBG ditetapkan seperti tahun 2008 iaitu RM15.00

Ucapan terima kasih kepada semua waris/penjaga yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2009.