Friday, April 10, 2009

Program Semarak Minda 2009

10 April 2009 (Jumaat) - Alhamdulillah pihak PIBG SK Kedawang khususnya Biro Pendidikan telah berjaya menganjurkan pelancaran Program Semarak Minda bagi tahun 2009. Program ini telah dirangka dengan tujuan dan objektif untuk membantu murid menguasai kemahiran asas membaca. Peserta program ini pula telah dipilih dari kalangan murid-murid tahun 4 dan 5 yang lemah penguasaan mereka dalam kemahiran membaca.

Satu yang menarik dalam program ini ialah tenaga pengajar yang bertanggungjawab mengajar serta membimbing murid-murid ini ialah dari kalangan para waris sendiri. Kesungguhan dan kesediaan mereka membantu menjadi satu suntikan semangat kepada para AJK untuk meneruskan usaha ini di masa hadapan dan akan berusaha untuk meningkatkan kuantiti serta kualiti murid yang akan dibimbing.

Majlis Penyerahan Anak Angkat kepada tenaga pengajar telah berjaya dilaksanakan pada pagi ini membabitkan 8 kumpulan. Menurut penyelaras program ini Cikgu Ahmad Zifni Adeli, jadual serta penstrukturan semula kumpulan akan dimaklumkan kepada waris dalam masa terdekat, InsyaAllah.




Kelihatan Guru Besar En Fadzil Othman sedang menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmi serta melancarkan Program Semarak Minda 2009. Hadir sama Yang Dipertua PIBG Tn Hj Radzi@Yusuf bin Din dan penyelaras program Cikgu Ahmad Zifni Adeli.

En Azif bersama dengan pelajarnya Mohd Faizhar Harkimi

En Abd Khalid bersama pelajarnya Mohd Hafizuddin.

Pn Hasni juga bersama dua orang pelajarnya iaitu Mohd Faiz dan Sulaiman.

En Azali atau Abg Chin bersama pelajar bimbingannya Nur Ainaa Nabilah dan Nur Shamila Johari.

Pn Fauziah bersama Mohd Hilman dan Mohd Syukor Awang Puteh

Pn Ilyani Mat Isa bersama pelajarnya Mohd Khalimran

Pn Mazlin bin Mat bersama pelajarnya Mohd Syukor Sharul Nizam

Pn Rohana bt Budin juga bersama pelajarnya Mohd Faiz Johari

Kesemua tenaga pengurusan dan pengajar serta peserta Program Semarak Minda II bergambar kenangan.

Dengan semangat berkobar-kobar diselangi doa yang tidak putus-putus moga-moga Allah SWT memberi kelapangan, kesenangan serta kejayaan kepada usaha kerdil ini.
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment