Showing posts with label semarak minda. Show all posts
Showing posts with label semarak minda. Show all posts

Wednesday, May 27, 2009

Masih Ada Yang Sayang

Anjuran
- BIRO PENDIDIKAN PIBG - UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING - UNIT PEMULIHAN

Tujuan
Majlis Kesyukuran sempena menyambut ulang tahun kelahiran murid semarak minda 2.

Rasional
Program ” MASIH ADA YANG SAYANG ” diadakan adalah untuk menghargai dan menzahirkan perasaan kasih kepada para murid Semarak Minda2 yang rata-rata adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Mungkin ada sebahagian daripada mereka tidak pernah diadakan sambutan hari lahir sepanjang usia mereka. Dengan adanya program ini diharapkan para murid Semarak Minda2 akan merasai diri mereka dihargai dan diberi perhatian walaupun pencapaian mereka terkebelakang. Justeru, program ini akan mengangkat motivasi diri murid ke arah yang lebih positif dan akan lahir sikap proaktif terhadap pelajaran mereka.

Matlamat
"MENINGKATKAN SELF-ESTEEM DI KALANGAN MURID SEMARAK MINDA2 SETANDING DENGAN MURID-MURID LAIN"

ObjektifItalic
- Meningkatkan motivasi diri di kalangan murid Semarak Minda2.
- Menghargai diri murid Semarak Minda2 sempena ulang tahun kelahiran mereka.
- Sebagai satu usaha meningkatkan peratus kehadiran murid kelas Semarak Minda.














Thursday, May 21, 2009

Mesyuarat Guru dan Fasilitator Semarak Minda 2

Tempat: Dewan Sri Gelam, SKKD
Masa : 9.30pm-11.30pm

Minum dulu sebelum mesyuarat...

Kak Tini dan Cikgu Zifni - orang2 kuat Semarak Minda 2


Ummi-ummi yang bersungguh-sungguh untuk melihat anak didik mereka berjaya...


Hasil mesyuarat:
  • Program "Masih Ada yang Sayang" akan diadakan sempena menyambut Hari Lahir murid Program Semarak Minda.
  • Hari Ahad - 24 Mei 2009 - jam 8.30 malam.
  • Sambutan 'birthday' 13 murid yang tarikh lahirnya dari bulan Januari hingga Jun.
  • Makanan dan minuman akan ditaja oleh ummi-ummi dan ayah-ayah.
  • Semua AJK PIBG, Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, Ummi-ummi, ayah-ayah fasilitator Program Semarak Minda, Cikgu Shamsuddin dan beberapa guru tertentu dijemput menghadiri majlis tersebut.

Semoga majlis berjalan lancar dan diberkati Allah... Amin!!!

Sunday, April 26, 2009

Kelas Semarak Minda II

26/4/2009 (Ahad) - Lokasi Sekitar SK Kedawang


Ayah angkat sedang membimbing para murid Semarak Minda2.

Para murid khusyuk membaca kerana mendapat sentuhan personal


InsyaAllah, bimbingan secara peribadi membangkitkan semangat para pelajar...


Suasana P&P pada Ahad (26.04.2009 : jam 8.30 - 9.30 mlm )








Friday, April 10, 2009

Program Semarak Minda 2009

10 April 2009 (Jumaat) - Alhamdulillah pihak PIBG SK Kedawang khususnya Biro Pendidikan telah berjaya menganjurkan pelancaran Program Semarak Minda bagi tahun 2009. Program ini telah dirangka dengan tujuan dan objektif untuk membantu murid menguasai kemahiran asas membaca. Peserta program ini pula telah dipilih dari kalangan murid-murid tahun 4 dan 5 yang lemah penguasaan mereka dalam kemahiran membaca.

Satu yang menarik dalam program ini ialah tenaga pengajar yang bertanggungjawab mengajar serta membimbing murid-murid ini ialah dari kalangan para waris sendiri. Kesungguhan dan kesediaan mereka membantu menjadi satu suntikan semangat kepada para AJK untuk meneruskan usaha ini di masa hadapan dan akan berusaha untuk meningkatkan kuantiti serta kualiti murid yang akan dibimbing.

Majlis Penyerahan Anak Angkat kepada tenaga pengajar telah berjaya dilaksanakan pada pagi ini membabitkan 8 kumpulan. Menurut penyelaras program ini Cikgu Ahmad Zifni Adeli, jadual serta penstrukturan semula kumpulan akan dimaklumkan kepada waris dalam masa terdekat, InsyaAllah.




Kelihatan Guru Besar En Fadzil Othman sedang menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmi serta melancarkan Program Semarak Minda 2009. Hadir sama Yang Dipertua PIBG Tn Hj Radzi@Yusuf bin Din dan penyelaras program Cikgu Ahmad Zifni Adeli.

En Azif bersama dengan pelajarnya Mohd Faizhar Harkimi

En Abd Khalid bersama pelajarnya Mohd Hafizuddin.

Pn Hasni juga bersama dua orang pelajarnya iaitu Mohd Faiz dan Sulaiman.

En Azali atau Abg Chin bersama pelajar bimbingannya Nur Ainaa Nabilah dan Nur Shamila Johari.

Pn Fauziah bersama Mohd Hilman dan Mohd Syukor Awang Puteh

Pn Ilyani Mat Isa bersama pelajarnya Mohd Khalimran

Pn Mazlin bin Mat bersama pelajarnya Mohd Syukor Sharul Nizam

Pn Rohana bt Budin juga bersama pelajarnya Mohd Faiz Johari

Kesemua tenaga pengurusan dan pengajar serta peserta Program Semarak Minda II bergambar kenangan.

Dengan semangat berkobar-kobar diselangi doa yang tidak putus-putus moga-moga Allah SWT memberi kelapangan, kesenangan serta kejayaan kepada usaha kerdil ini.
InsyaAllah.

Wednesday, April 8, 2009

PERJUMPAAN PERTAMA PROGRAM SEMARAK MINDA dan KELAB SIHAT CERGAS

SEMARAK MINDA 2009
Cikgu Sudin sedang memberi taklimat kepada Kak Tini dan bakal-bakal "cikgu".
  • Pada petang jumaat (3 April 09) satu perjumpaan telah diadakan diantara Pengerusi Biro Pendidikan PIBG (Pn. Tini), Guru Pemulihan (Cikgu Sudin) dan "fasilitator" untuk murid-murid pemulihan.
  • Hasil dari perjumpaan ini ialah satu majlis penyerahan "anak angkat" akan dilaksanakan pada pagi Jumaat 10 April 2009.
KELAB SIHAT CERGAS
Di antara waris yang hadir untuk menyertai Kelab Sihat Cergas
  • Perjumpaan kali pertama ini memutuskan bahawa program ini akan berjalan pada petang Jumaat dan petang Sabtu selepas Asar.
  • Bayaran RM15.00 sebulan dikenakan pada setiap ahli.
  • Diantara aktiviti yang dirancang ialah senamrobik, berbasikal dan aktiviti-aktiviti lain yang dianggap sesuai.
  • Semoga apa yang dirancang berjalan lancar...