Wednesday, May 27, 2009
Masih Ada Yang Sayang
- BIRO PENDIDIKAN PIBG - UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING - UNIT PEMULIHAN
Tujuan
Majlis Kesyukuran sempena menyambut ulang tahun kelahiran murid semarak minda 2.
Rasional
Program ” MASIH ADA YANG SAYANG ” diadakan adalah untuk menghargai dan menzahirkan perasaan kasih kepada para murid Semarak Minda2 yang rata-rata adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Mungkin ada sebahagian daripada mereka tidak pernah diadakan sambutan hari lahir sepanjang usia mereka. Dengan adanya program ini diharapkan para murid Semarak Minda2 akan merasai diri mereka dihargai dan diberi perhatian walaupun pencapaian mereka terkebelakang. Justeru, program ini akan mengangkat motivasi diri murid ke arah yang lebih positif dan akan lahir sikap proaktif terhadap pelajaran mereka.
Matlamat
"MENINGKATKAN SELF-ESTEEM DI KALANGAN MURID SEMARAK MINDA2 SETANDING DENGAN MURID-MURID LAIN"
Objektif
- Meningkatkan motivasi diri di kalangan murid Semarak Minda2.
- Menghargai diri murid Semarak Minda2 sempena ulang tahun kelahiran mereka.
- Sebagai satu usaha meningkatkan peratus kehadiran murid kelas Semarak Minda.
Thursday, May 21, 2009
Mesyuarat Guru dan Fasilitator Semarak Minda 2
Masa : 9.30pm-11.30pm
Minum dulu sebelum mesyuarat...
Kak Tini dan Cikgu Zifni - orang2 kuat Semarak Minda 2
Ummi-ummi yang bersungguh-sungguh untuk melihat anak didik mereka berjaya...
- Program "Masih Ada yang Sayang" akan diadakan sempena menyambut Hari Lahir murid Program Semarak Minda.
- Hari Ahad - 24 Mei 2009 - jam 8.30 malam.
- Sambutan 'birthday' 13 murid yang tarikh lahirnya dari bulan Januari hingga Jun.
- Makanan dan minuman akan ditaja oleh ummi-ummi dan ayah-ayah.
- Semua AJK PIBG, Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, Ummi-ummi, ayah-ayah fasilitator Program Semarak Minda, Cikgu Shamsuddin dan beberapa guru tertentu dijemput menghadiri majlis tersebut.
Semoga majlis berjalan lancar dan diberkati Allah... Amin!!!
Sunday, May 17, 2009
Wednesday, May 13, 2009
MESYUARAT AJK PIBG - 13 MEI 2009
En Radzi @ Yusuf bin Din (YDP PIBG)
Pn Hasni bt Bakar (Naib YDP PIBG)
En. Mohd Izwan bin Idris (Setiausaha PIBG)
En Ahmad Basri Suid
En Sobri Ahmad
Pn. Yuhana Ali
Pn Rohani Saridan
Pn. Habsah Busu
En. Ahmad Zifni Hj. Adeli
Pn. Ku Kholijah bt Ku Kasim
Pn. Che Salmah bt Abdullah
Pn. Maznah bt Ahmad
En. Mahtar Desa
- Sambutan Hari Guru
- Laluan Keluar Masuk
Pintu utama akan ditutup untuk laluan semua waris. Waris tidak dibenar masuk hantar anak melalui pintu utama. Tarikh kuatkuasa : 17 Mei 2009.
- Program Semarak Minda
Hasil dari kesungguhan 'ummi-ummi dan ayah-ayah' terdapat murid yang menunjukkan peningkatan di dalam bacaan.
- Perlantikan AJK Baru
AJK sebulat suara bersetuju untuk melantik Pn. Mazlin bt Mat sebagai AJK PIBG menggantikan En. Zainal Adzmar yang meletak jawatan.
- Sambutan 100 tahun SK Kedawang
Satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk sambutan tersebut.
Cikgu Mahtar akan menubuhkan ALUMNI SK Kedawang. Makluman lanjut ALUMNI akan dimaklumkan kemudian.
Guru Besar mencadangkan sambutan 100 tahun disambut pada cuti pertengahan penggal pertama tahun 2010.
Guru Besar dan YDP PIBG